Dec 5, 2012

Redhakan Hati

Hati ini tak redha dengan ape yang diberikan.. tu sebab hati ini selalu gelisah.. hilang arah.. 

Ya Allah banyaknya dosaku padaMu.. ampunkan dosa-dosa ku ya Allah.. 


terima kasih sahabat kerna memberi peringatan..



"bukan Allah x beri apa yang kita minta.. tapi Allah nak kita tunduk.. Dia akan tunaikan permintaan kita pada kadar yg x akan merosakkan kita.."

"Allah knows exactly what to give you.. TO HELP YOU RETURN TO HIM.."


"bagi KITA, kejayaan itu diukur pada usaha.. bukannya pada hasil.. wlpn pendapatan akhir bulan seseorang itu rendah, tetapi kerana dia bersungguh2/all out melakukan pekerjaannya itu, maka dia dikatakan berjaya.. wlpn keputusan SPM seseorang itu sedikit 'A'nya, tetapi kerana dia bersungguh2/all out dlm mempelajari subjek2nya, maka dia dikatakan berjaya.. inilah aqidah org mukmin.."


"buat apa beriman kepada tuhan kalau Dia bukan yang paling tinggi di hati..? dan untuk apa diri sujud rukuk di hdpn tuhan kalau diri tidak redha dgn ketentuanNya..? astaghfirullah..bertaubatlah.. dan mohonlah hati yang baru.."




Nov 16, 2012

Salam Maal Hijrah =)

Salam 1 Muharam 1434H semua,

Alhamdulillah.. kite dah masuk ke tahun 1434 hijrah. Masih dibenarkan untuk bernafas, masih diberikan peluang untuk menjalankan ibadah dan suruhanNya, masih dapat mengecapi nikmat yang diberikanNya. Alhamdulillah.. =)

Tahun baru dah berganti, namun masih ade perkara, impian, capaian yang kena carry foward lagi! huh.. rasenye bukan bermaksud kite mengalah atau loser atau belum maju bile kite kena carry foward perkara2 itu namun maybe kite belum berkesempatan untuk mencapainya. Dan semestinya kite kena lipat gandakan usaha kite untuk mencapai ape saja impian kite itu. InsyaAllah.. jangan lupa untuk berwasatiyyah (bersederhana). Bersederhana dalam segala pendekatan adalah perlu supaya kite dapat elak sifat melampau, fanatik dan taksub..

Cerita tentang azam yang di carry foward ini, i'm carrying a lot of azam towards this year. huh.. berharap saya dapat meniti tahun ini dengan lebih baik, lebih usaha, lebih isthiqamah dan jangan lupe berwasatiyyah umpama tema Maal Hijrah 1434 ini:  "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" 

Azam tahun baru saya:
  • Menunaikan ibadah dengan lebih lebih sempurna
  • Selalu berpandangan baik pada orang lain
  • Tak mau complicated sangat tak bertempat
  • Tak mau lembab lembab buat keja
  • Nak tanam pokok serai, kunyit, daun cekur, pandan, limau purut, cili api sampai HIDUP!
  • Siap deco rumah saya
  • Tukar employment status 
  • Kaya raya
  • Berat 50kg. ??
  • Ni yang paling penting.. pastikan tahun depan hanya akan ada 2 anak sahaja, bukan 2 1/2 ke atau 3.. kihkih..
sooo.. Go for it mimi!! 



Berhijrahlah kite ke sesuatu yang lebih baik.. Peace yaa..=)

Ikhlas,